Web Pemuda PAS Pahang

 
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Pemuda PAS Pahang

MUKTAMAR DPPNP KALI KE 27

E-mail Print PDF
Dengan penuh hormat, kami daripada DPPN Pahang menjemput semua sahabat-sahabat pemuda dari semua peringkat,  sama ada sebagai perwakilan dan pemerhati untuk sama-sama memeriahkan muktamar DPPNP kali ke 27.

Marilah sama-sama kita jadikan Muktamar DPPNP ini sebagai medan untuk merapatkan ukhuwwah, mengambil maklumat dari pimpinan, muhasabah kerja yang lalu, merancang gerak ke hadapan.

Kemaskini Pada ( Tuesday, 12 May 2009 18:04 )
 

JAHANAM, JAHANAM, JAHANAM ISRAEL.

E-mail Print PDF

Hampir  2000 umat Islam menyatakan bantahan dalam Perhimpunan Aman Anti Israel di Masjid Abu Bakar Temerloh anjuran Ngo dan Pakatan Rakyat Pahang.

Dalam Perhimpunan yang berlangsung sekitar 15- 30 minit itu dipenuhi ucapan bersemangat para pemimpin PAS dan KeAdilan termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusuf Embong, Yang Dipertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abd Latif dan Mohd Nizam Hamid, Ketua KeAdilan Bahagian Temerloh.

Perhimpunan ini pada awalnya mendapat gangguan pihak Polis, mereka juga  bertindak aggresif dengan memberi amaran dan cuba merampas pembesar suara & sepanduk.  Namun pihak penganjur Perhimpunan memberi jaminan kepada pihak Polis, Perhimpunan ini tidak akan mengganggu lalulintas & akan berakhir dengan aman. ``Perhimpunan ini adalah perhimpunan yang dituntut oleh Allah & Rasulullah, sebagai umat Islam, kita harus lakukan apa sahaja yang termampu oleh kita, walaupun terpaksa menggadaikan harta & nyawa demi maruah Agama & saudara seagama kita” ujar Pimpinan PAS Kawasan Temerloh.  Pihak Polis akhirnya memberi kerjasama dengan pihak penganjur.

“Tindakan ganas Israel dan sekutunya itu tidak boleh diterima sama sekali, ia adalah tindakan tidak berperikemanusiaan yang tidak wajar di terima didalam mana-mana peradaban manusia, Paling menyakitkan hati, peristiwa ini berlaku ketika umat Islam menyambut awal Hijrah” ujar Abdullah Abdul Karim, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang yang turut berucap.

Mereka turut mengecam sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat serta negera-negara yang bersekongkol dengan kezaliman mereka. Mesir juga dikutuk kerana menutup sempadanya dengan Gaza menyebabkan mangsa tidak dapat berlindung dinegara itu.

NGO yang turut terbabit dalam Perhimpunan Aman ini, akan menganjurkan program ceramah, perhimpunan dan sebagainya bagi menyedarkan rakyat akan kejahatan rejim Israel, NGO terbabit juga akan mengusahakan kedatangan wakil Hamas ke Pahang untuk memberi penerangan.

Pada Perhimpunan Aman hari ini, `kutipan derma kilat` telah berjaya mengumpul RM1,075 hasil dari sumbangan orang ramai.

Jgn ada yg cuba provok & buat kacau!!
Ust Jauhari membacakan doa.
Antara Polis yang cuba menghalang.(berambut pendak)

 


Kemaskini Pada ( Tuesday, 12 May 2009 18:07 )
 

5,000 Pemuda PAS bantu jentera pilihan raya

E-mail Print PDF

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Hrkh)- 5,000 petugas Pemuda PAS akan berkampung di Kuala Terengganu (P036) bagi membantu melicinkan jentera pilihan raya kecil itu pada 17 Januari nanti.

Petugas-petugas yang dihantar mempunyai tugas dan peranan masing-masing dalam bidang yang dikhususkan.

Selain itu, pelbagai aktiviti berdekatan yang akan dijalankan oleh pemuda PAS termasuklah sukan riadah, hiburan alternatif dan kegiatan sosial sepanjang berkempen nanti.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan sukarelawan untuk menjadi sebahagian jentera pilihan raya dengan mendaftarkan diri di markas Pemuda bertempat di Kuala Ibai.

Kemaskini Pada ( Monday, 29 December 2008 16:16 ) Baca Lagi...
 

PAS Pahang akan hantar 300 petugas terlatih ke Kuala Terengganu

E-mail Print PDF

TEMERLOH 28 Dis (Hrkh) - PAS Pahang akan menghantar 300 orang petugas bagi membantu PAS Terengganu menghadapi Barisan Nasional-BN dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu dari 6-17 Januari depan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata, para petugas itu adalah kumpulan tenaga terlatih dalam bidang masing-masing. Mereka akan bertindak sebagai pembantu dan akan turun habis-habiasan bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat-PAS dalam pilihan raya yang dijangka amat sengit itu.

Ini kerana BN amat memerlukan kemenangan bagi memulihkan semangat selepas kalah teruk dalam pilihan kecil Permatang Pauh Ogos lalu. Umno tidak boleh kalah lagi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bagi memastikan moral anggota parti itu tidak jatuh.

Katanya, para petugas PAS Pahang akan melibatkan diri secara aktif mengikut arahan dan keperluan pengarah pilihan raya kecil itu.

Roslan juga mengarahkan pencinta perjuangan Islam termasuk ahli, penyokong pemimpin di semua peringkat mengadakan solat hajat dan bermunajat memohon pertolongan Allah dan kemenangan Islam dalam perjuangan kali ini.

Selain itu, ahli-ahli dan penyokong juga diminta menghulurkan infaq bagi membantu jentera parti di dalam pilihan itu tersebut.

Infaq boleh disalurkan melalui PAS Kawasan masing-masing atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun Badan Perhubungan PAS Pahang di Bank Islam No Akaun 06028010000076 atau melalui Maybank No Akaun 556057201847, semua sumbangan hedaklah dimaklumkan melalui SMS ke talian 013-922 5143. - mns_

 

Gapena cadang saman Kementerian Pelajaran

E-mail Print PDF
KOTA BHARU, 22 Dis (Hrkh) - Sebelum ini banyak pihak mengambil sikap menyepi terhadap langkah kerajaan menggu.

Hanya segelintir pihak sahaja terutamanya pembangkang begitu lantang mengkritik keputusan kerajaan yang dianggap cuba undur ke belakang, setelah 51 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Bagaimanapun kali ini Gabungan Penulis Nasional (Gapena) tiba-tiba lantang mengkritik kerajaan terhadap isu tersebut, biar pun banyak pihak menganggap ia agak terlambat.

Ketua 1 Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein berkata, pihaknya merancang mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Baca Lagi...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 8

Login

Tetamu Online

Web Ini dikinjungi oleh tetamu 

Trafik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday41
mod_vvisit_counterYesterday26
mod_vvisit_counterThis week260
mod_vvisit_counterThis month164
mod_vvisit_counterAll12418

Polls

Koleksi Gambar

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Jam